20 sebab kenapa lelaki tidak mahu berkahwin
10 SEBAB LELAKI TIDAK MAHU KAHWIN

1.
Duit belum cukup Masalah utama bagi lelaki untuk
berkahwin adalah duit belum cukup. Masih mengumpul wang untuk belanja
perkahwinan. Pelbagai benda memerlukan duit seperti wang hantaran, mas kahwin,
baju pengantin dan banyak lagi. Untuk berkahwin ekonomi seorang lelaki haruslah
stabil jika tidak mana mungkin mampu menanggung anak dara orang.
2.
Mahu beli kereta dahulu
Lumrah manusia inginkan kemudahan dan
kesenangan. Jarang sekali kita lihat gadis-gadis sekarang memandang lelaki yang
miskin yang hanya mempunyai basikal sebagai kenderaannya. Secara jujurnya ramai
wanita sekarang agak memilih lelaki. Tidak memandang lelaki miskin.
Sekurang-kurangnya mempunyai sebuah kereta walaupun bukan mewah ianya sudah
memadai.
3.
Susah untuk mencari yang berkenan
dihati
Soal hati dan perasaan lelaki tidak
boleh memaksa hati dan perasaannya untuk menyukai perempuan yang dia tidak
sukai. Sikap terlalu memilih seringkali menjadi masalah kepada lelaki sekarang.
Bunga yang kembang di depan mata tidak dipetik tetapi ingin memetik bunga di
halaman seberang.
4.
Belum datang seru
Jawapan yang sangat popular yang
seringkali diucapkan oleh lelaki adalah belum sampai seru untuk berkahwin.
Ramai lelaki yang melafaskan kata seperti ini. Walha umurnya sudah meningkat
tetapi masih berkata “aku belum sampai seru”.
Perkahwinan itu pasti datang jika kita yang berusaha tetapi mungkin juga tidak
akan datang jika langsung tidak berusaha mencari jodoh.
5.
Banyak halangan
Pelbagai halangan yang
dihadapi apabila ingin berkahwin. Ada masalah dari persetujuan keluarga dan
bermacam-macam lagi halangan.
6.
Belum bersedia
Tugas sebagai seorang
suami adalah satu tugas yang sangat berat untuk dipikul berbanding tugas seorang
isteri. Mana mugkin lelaki itu ingin berkahwin jika dirinya belum bersedia
untuk memikul tugasnya sebagai ketua keluarga.
7.
Ilmu tidak cukup Ilmu perkahwinan adalah suatu ilmu
yang sangat penting untuk dipelajari. Tanpa ilmu perkahwinan sebuah keluarga
yang bahagia tidak mungkin akan terbina. Binalah keluarga dengan ilmu
perkahwinan yang ada. Tanpa ilmu perkahwinan musnahlah institusi kekeluargaan.
8.
Terlalu inginkan yang sempurna Lumrah manusia selalunya ingin
mencari sesuatu yang sempurna. Tetapi jika terlalu inginkan yang sempurna juga
bahaya kerana kesempurnaan selalunya akan ditinggalkan jika kita terlalu
inginkan yang sempurna. Pilihlah jodoh yang dirasakan sesuai dengan diri kerana
itu adalah terbaik.
9.
Mahu sambung belajar Memandangkan si perempuan lebih tinggi
pendidikan dari si lelaki, si lelaki bercadang untuk sambung belajar supaya
setaraf dengan si perempuan. Bak kata pepatah“enggang
sama enggang, pipit sama pipit”.
10.
Takut untuk bercinta Pengalaman lelaki yang pernah kecewa
kerana cinta membuatkan mereka sangat takut untuk bercinta lagi. Mereka tidak
yakin kepada dirinya bahawa dirinya masih lagi boleh bercinta. Gagal sekali
tidak mungkin selama-lamanya gagal.