Adik Rakam Detik Akhir Hayat Abang Sendiri | Melihat darah daging sendiri
menderita kesakitan yang teramat sangat di depan mata pastilah satu pengalaman
yang amat pahit.
Kepahitan itu tak mungkin mampu diterjemahkan dengan kata-kata
kerana berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Namun apabila seorang adik berkongsi ‘detik’ kesengsaraan
abangnya yang sedang meniti saat-saat akhir sebagai pesakit kanser menggunakan
foto, derita itu kelihatan jelas dan menyentuh hati.
Itulah yang dirasakan apabila melihat gambar-gambar yang dirakam
Ahmad Yusni pada 39 hari terakhir yang dilalui abangnya, Mohammad Sani sebaik
sahaja didiagnos menghidap kanser ‘germ sell’.
Sel kanser yang dihidap
Mohammad Sani sangat agresif, hinggakan dia terpaksa menanggung kesakitan di
seluruh tubuhnya.
Kesakitan itu tertera jelas dalam gambar-gambar dirakam Ahmad
Yusni, antaranya momen pada 11 Disember 2012 di rumah mereka di Georgetown,
Pulau Pinang di mana abangnya berlutut di atas katil menahan kesakitan yang
teramat sangat hinggakan dia tidak mampu untuk menelan sebarang makanan mahu pun
minuman.
Pada 14 Disember pula, Mohammad Sani dirakam duduk termenung di
hadapan tandas sambil merokok kerana tidak mampu untuk tidur walau sejenak
meskipun selepas diberikan morfin bagi menahan kesakitan.
Mohammad Sani dikebumikan bersebelahan pusara bapa dan abangnya yang sudah pergi terlebih dahulu.Mengenang semula detik-detik bersama abangnya hingga ke saat akhir nyawa ditarik, Ahmad Yusni



