Isnin, 15 September 2014

Bagaimana Cara Untuk Menjadi Kaya ?


Beberapa persoalan sering terlintas di pemikiran kita.


i) Mengapakah ada orang yang lahir miskin dan ada pula yang dilahirkan dalam keluarga yang kaya?

ii) Benarkah bahawa seseorang yang kaya itu adalah disebabkan tuah dan orang miskin jadi miskin disebabkan takdir?

iii) Benarkah bahawa untuk menjadi kaya kita perlu belajar daripada mereka yang kaya? Kaya atau miskinnya seseorang itu, telah ditentukan Allah. Namun tidak salah untuk kita melihat, belajar dengan mencontohi kejayaan mereka yang kaya agar nasib diri kita berubah kepada yang lebih baik. Dalam Al-Quran sendiri menyebut bahawa, tidak akan diubah nasib sesuatu kaum itu, sekiranya mereka tidak merubah nya sendiri. Jadi, mari kita selami bagaimana cara orang kaya berfikir?


Bagaimanakah minda orang kaya berfikir?


Jika dikaji pemikiran orang kaya di dunia seperti Bill Gates, Warren Buffett atau di Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary kita akan dapat melihat ciri-ciri dan sifat-sifat peribadi yang berbeza berbanding orang biasa, iaitu:


Suka berniaga atau usahawan semula jadi:


Hampir kesemua orang kaya memiliki perniagaan sendiri kecuali mereka yang mewarisi kekayaan keluarga. Dalam sejarah, hampir tidak pernah berlaku orang makan gaji menjadi kaya raya. Jadi jika mahu menjadi kaya, anda perlu memulakan perniagaan sendiri. Orang kaya juga ada kalanya melakukan multi-tasking dalam kehidupan sehariannya, maksudnya melakukan lebih daripada satu kerja pada satu masa!


Berpandangan jauh dan mempunyai visi:


Orang kaya percaya untuk menjadi kaya mereka perlu berpandangan jauh. Mereka juga ada matlamat hidup, tidak kira sama ada matlamat jangka panjang dan jangka pendek. Bagi mereka, kekayaan bukanlah sesuatu yang perlu ditunggu atau diberikan oleh pihak lain, tetapi diraih dengan perancangan yang baik.


Sukakan duit:


Sifat orang kaya memang sukakan duit, namun bagi mereka wang bukanlah segala-galanya. Mereka tahu tiada batasan had kekayaan apabila bekerja sendiri berbanding kerja makan gaji. Mereka juga menghargai duit dan belajar untuk meningkatkan jumlah duit tersebut dan percaya wang dan kekayaan perlu untuk mencapai tujuan hidup. Dalam erti kata lain, dengan wang yang dimiliki boleh meningkatkan taraf hidup, taraf kesihatan dan kualiti kebahagian yang mereka miliki.


Tidak menganggap duit sebagai punca kejahatan:


Bagi mereka, dengan mempunyai banyak wang, akan dapat mengelakkan mereka dari terjerumus ke dalam masalah akibat tidak memiliki duit seperti merompak, membunuh dan mencuri.


Orang kaya suka menyimpan:



Orang kaya sentiasa menyimpan sekurang-kurangnya 50% hasil pendapatan mereka. Oleh itu jika ingin keluar dari kemiskinan maka anda perlu berusaha untuk lebih banyak menyimpan.