Denggi Shaheizy Sam belum kebah- Doakan Shaheizy Sam Cepat Sembuh :(
http://sedaapnye.blogspot.com/
SHAHEIZY SAM
yang diserang demam denggi sejak 4 September lalu perlu berada di hospital
untuk tempoh sekurang-kurangnya seminggu akan datang bagi mendapatkan rawatan
susulan.
SEJAK dimasukkan ke Hospital Ampang
Puteri, Ampang, Selangor akibat serangan demam denggi pada 4 September lalu,
pelakon Shaheizy Sam masih berada dalam keadaan kurang stabil.Suhu badannya naik sehingga 40 darjah
Celsius serta bacaan plateletnya pula mencatatkan penurunan daripada bacaan
normal 150 kepada 116 petang semalam.
Ketika dihubungi Kosmo! semalam, Shaheizy
yang masih berada di hospital berkata, suhu badannya masih menunjukkan bacaan
yang tidak menentu. Selain itu, dia juga mengalami sakit kepala dan badan.
Perlu berada di hospital untuk tempoh
sekurang-kurangnya satu minggu lagi bagi rawatan susulan, Sam yang juga buat
pertama kalinya menyambut ulang tahunnya di hospital berkongsi cerita tentang
pengalamannya diserang denggi.Kosmo!: Sam, bagaimanakah tahap kesihatan
anda sekarang selepas dimasukkan ke hospital pada 4 September lalu?SAM: Keadaan saya masih tidak menentu.
Sekejap suhu badan turun dan bila-bila masa sahaja ia boleh naik kembali.
Semalam (kelmarin) suhu saya sudah kembali normal dan saya mampu untuk
melakukan pergerakan. Namun, hari ini (semalam) demam itu datang kembali.
Bilakah anda menyedari bahawa anda telah
diserang demam denggi?Jika tidak silap,
saya diserang demam pada
dua hari terakhir penggambaran drama Ajaibnya Cinta di Pasir Panjang, Selangor
awal bulan ini. Pada waktu itu, saya makan pelbagai jenis makanan. Ketika itu,
kami dihidangkan dengan daging rusa, landak dan durian. Kebetulan, pendingin
hawa di calet tempat saya menginap juga dipasang dengan suhu yang agak rendah.
Pada keesokan harinya, badan saya berasa sejuk dan mula menggigil.
Apakah tindakan anda seterusnya?Pada awalnya, saya fikir ia hanya serangan
demam biasa. Jadi, saya pergi ke sebuah klinik untuk mendapatkan suntikan.
Selepas mendapatkan rawatan, keadaan saya telah beransur pulih. Namun, sebaik
tiba di rumah, demam kembali menyerang. Saya hanya makan ubat yang dibekalkan
dengan harapan demam akan sembuh pada keesokan harinya.Adakah demam anda semakin pulih?Tidak. Suhu badan saya semakin naik. Jadi,
saya mengambil keputusan untuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Akhirnya saya ditahan di wad kerana disahkan menghidap denggi pada 4 September
lalu.Tarikh 4 September adalah hari ulang tahun
kelahiran ke-32 anda.
Bagaimanakah perasaan anda menyambut ulang tahun di dalam
wad?Perasaan saya bercampur baur kerana ini
merupakan kali pertama saya diserang demam denggi dan pengalaman pertama juga
menyambut ulang tahun di hospital. Walaupun agak bosan, namun, saya gembira
kerana ramai yang datang melawat saya pada hari itu.Selepas empat hari ditahan,
bilakah anda
dibenarkan untuk pulang?Menurut doktor, saya perlu tinggal di
hospital sekurang-kurangnya untuk tempoh tujuh hari lagi. Bagaimanapun, saya
berharap agar kesihatan saya pulih dalam masa terdekat kerana penggambaran
filem Polis Evo bakal dimulakan pada 15 September ini.
Bagaimanakah persediaan anda untuk filem
tersebut setakat ini?Sesi latihan untuk filem tersebut sudah pun
bermula. Namun, saya tidak dapat menghadirkan diri kerana diserang demam denggi
dan terlantar di hospital. Justeru, saya akan terus ke lokasi penggambaran
filem tersebut jika kesihatan mengizinkan. Saya harap saya akan beransur pulih
dan doakan kesihatan saya semakin baik. Saya juga berterima kasih dengan semua
doa yang diberikan oleh khalayak buat saya.
Sumber- KOSMO