Ahad, 14 September 2014

Petua Mudah Melebatkan Misai, Janggut Dan Jambang



Mungkin ada di antara kita yang menginginkan janggut, misai dan jambang. Ada yang kerana hendak bergaya, meniru artis atau ingin kelihatan macho. Tetapi, yang lebih baik dan afdal ialah, kerana mencontohi salah satu sifat Rasulullah shallallahu alaihi wasallam. Kaedahnya ada berbagai-bagai-bagai, antaranya:
CARA MUDAH: PUTIH TELUR

Ambil putih telur dan sapukan di kawasan yang anda inginkan mengikut bentuk cita rasa anda tersendiri. Amalkan setiap malam sebelum tidur selama seminggu berturut-turut. Insya Allah janggut, misai atau jambang yang anda ingini akan tumbuh dengan lebatnya.

CARA KEDUA: TELUR UDANG

Cuba cari telur udang. Telurnya selalunya boleh ditemui di bahagian kepalanya. Kalau boleh dapat udang galah lagi cantik sebab telurnya lebih banyak kerana saiznya yang besar. Sebelum tidur malam, telur udang disapu pada tempat-tempat yang diinginkan sama ada misai, jambang dan janggut. Sebelum itu jangan lupa untuk cukur sedikit bahagian yang akan dilumurkan. Cukur dan disapu telur tersebut. Insya Allah, lepas 2-3 kali bulu misai tu akan mula tumbuh.

CARA KETIGA: MINYAK BON ATAU TANCHO

Minyak bon atau tancho boleh digunakan untuk melebatkan janggut dan jambang.

CARA RUMIT: MINYAK SAPI

Cairkan minyak sapi dari lemak sapi (lembu betina). Setiap malam selepas mandi, tuamkan dengan kain dengan air suam ke dagu dan pipi dan melingkari pipi kita seperti jambang. Tuamkan ke muka kita sehingga tempoh yg kita rasa puas hati. Tuaman air panas suam dgn kain ke dagu dan pipi adalah salah satu cara mahu mengaktifkan benih bulu roma yang ada di dalam kulit kita. Selepas daripada proses itu, ambil minyak sapi yang telah dicairkan tadi, kemudian sapukanlah mengikut daerah mana yang kita kehendaki agar janggut itu tumbuh dengan subur.

Minyak sapi gunanya utk menyuburkan dan menggalakkan proses pertumbuhan janggut di muka kita. InsyaAllah, cubalah dengan penuh keyakinan. Pastikan minyak sapi itu minyak sapi yang original, bukan campuran mana bahan asing atau bakteria.

Ingatan: .

Namun begitu, semua itu bergantung pada hormon, cara kehidupan anda (cergas) dan cara pemakanan anda (protein yang tinggi serta daging). Segala-galanya ikhtiar sahaja dan ini adalah kaedah tradisional bagi orang Asia Tenggara..

Artikel dan Grafik dalam Entri Petua Mudah Melebatkan Misai, Janggut Dan Jambang adalah sumber dan rumusan dari beberapa laman blog dan laporan berita tempatan. Penghargaan kepada sumber informasi yang bermanfaat ini. Semoga sebaran coretan memberi inspirasi dan berfaedah untuk semua.