Gara-gara cepat terpedaya dengan kata-kata manis seorang lelaki yang dikenali
melalui WeChat, seorang remaja menjadi mangsa rgl beramai-ramai termasuk ‘teman
lelakinya’ dan tiga lagi lelaki tidak dikenali.
Kejadian berlaku di sebuah rumah di Kampung Gong Pauh, Chukai,
Kemaman, awal Julai lalu.
Mangsa yang juga pelajar tingkatan dua itu
dikatakan baru berkenalan dengan suspek yang berusia 22 tahun, bagaimanapun
bertindak berani mengambil keputusan mengatur pertemuan kali pertama bersama
teman lelakinya itu.
Ketua Jabatan
Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata,
dalam pertemuan pertama itu, mangsa dikatakan telah keluar bersama teman
lelakinya kira-kira jam 3.30 petang menaiki motosikal, kononnya untuk
bersiar-siar di bandar berhampiran.
“Suspek dikatakan pada awalnya
berjanji hendak mengajak mangsa hanya untuk bersiar-siar di kawasan bandar
berhampiran, tetapi suspek telah membawa mangsa ke sebuah rumah di Kampung Gong
Pauh, Chukai, Kemaman.
“Sebaik tiba di rumah berkenaan, terdapat tiga
lelaki lain yang sedia menunggu di dalam rumah sebelum mangsa dibawa masuk ke
dalam bilik,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.
Menurut Wan
Abd Aziz, beberapa minit kemudian, suspek turut masuk ke dalam bilik sama dan
mula menunjukkan belang apabila cuba merapati mangsa tetapi mangsa yang tidak
suka akan tindakan suspek cuba menepis tangannya.
“Mangsa merayu meminta
suspek menghantarnya pulang ke rumah tetapi suspek mula bertindak kasar apabila
cuba membuka pakaian mangsa.
“Melihat tindakan suspek yang
bagaikan hilang akal itu, mangsa cuba menjerit sekuat hati meminta tolong, namun
suspek bertindak menutup mulut mangsa sebelum merogolnya,” katanya.
Wan
Abd Aziz berkata, nasib malang remaja itu tidak berakhir di situ apabila dirgl
secara bergilir-gilir oleh tiga lagi rakan kepada teman lelakinya.
Katanya, selepas puas melepaskan nafsu mereka, suspek tanpa rasa
bersalah menghantar mangsa pulang ke rumah kira-kira jam 7 malam.
“Pada
mulanya, mangsa tidak membuat sebarang laporan polis kerana bimbang
keselamatannya tetapi nekad melaporkan perbuatan terkutuk suspek selepas dirgl
buat kali kedua dalam kejadian terbaru pada 4 Ogos lalu.
“Susulan
laporan dibuat mangsa kelmarin, polis menahan teman lelaki mangsa berusia 22
tahun yang kini direman selama tujuh hari sehingga Ahad depan bagi membantu
siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
“Selain
itu, kita turut memburu tiga lagi rakan suspek yang dipercayai turut terbabit
dalam kejadian ini,” katanya.
Dalam pada itu, Wan Abd Aziz turut
menasihatkan golongan remaja terutama perempuan agar tidak mudah mempercayai
rakan yang baru dikenali menerusi laman sosial seperti Facebook dan WeChat bagi
mengelak mereka menjadi mangsa jenayah sama ada ditipu atau dirgl.
