Kisah Seram Di Genting Highlands- WAJIB BACE SESIAPA YG KERAP KE SANA :|
Kisah
Seram Di Genting Highlands

Kisah
ini telah dipetik dari sebuah blog mengenai beberapa siri
kisah seram melibatkan kawasan peranginan Genting Highlands. Mungkin
ini cerita lama dan mungkin juga bangunan-bangunan yang dikatakan berhantu
sudah berubah. Jom baca kisah seram di bawah ini.
Genting
Highlands atau Tanah Tinggi Genting adalah satu kawasan yang menghimpunkan
beberapa tempat penginapan di
satu kawasan seperti First World, Resort Hotel, Highlands Hotel dan
Theme Park Resort. Genting Highlands berasa di paras 1860m di atas bukit.
Seperti yang kita tahu, pelbagai cara untuk kita mencapai ke puncak ini; bas,
teksi, dan kereta gondola yang terpantas di dunia dan terpanjang di Asia
Tenggara.
Apa
yang orang minat sangat nak pergi ke Genting ada dua sebab. Satu untuk pergi ke
Theme Park dan yang kedua majoritinya pergi ke Genting untuk berjudi di Kasino.
Mana taknya, Kasino Genting ini
Jadi
segala misterinya bermula di sini. Menurut sumber orang ramai, terdapat satu
bilik yang private di dalam Kasino ini kecuali untuk VVVIP yang tertentu
sahaja. Sumber menyatakan di dalamnya terletaknya sekuntum bunga teratai emas.
Teratai Emas ini seolah-olah menjadi “tukang tilik nasib” bagi semua mereka
yang datang berjudi di sini. Kenapa? Sebab waktu bunga tersebut mengembang,
ramai penjudi akan menang dan jika bunga ini tidak mengembang, semua keuntungan
akan pergi ke Kasino. Dengar kata, di dalam bilik ini juga terdapat Sami-Sami
yang berjaga di dalam itu. Apa kes perlu sami ini? Sebab ramai orang dikatakan
membawa “Belaan/Makhluk” untuk memberi mereka kemenangan, jadi semua “Belaan”
ini akan disekat di pintu masuk Kasino sekiranya Sami-Sami ini dapat tahu ada
orang bawa.
Satu
lagi, terdapat tempat parking yang berada di selekoh yang menghampiri Genting,
dikatakan tempat letak kereta mereka yang membawa “Belaan” kerana di atas sana
semua “Belaan” ini akan dikesan oleh pihak Genting. Jadi “Belaan” ini semua
terpaksa tinggal di situ.Memang pihak Genting tidak membenarkan sesiapa untuk
membawa “Belaan” mereka, oleh itu terdapat tokong dan Jin Besar di Genting
untuk menghalang semua ini.
Ini
cerita Kasino dan juga di Tempat Letak Kereta, sekarang mari kita lihat pula
misteri di tempat penginapan dan pangsapuri di Genting.
Amber Court

Ini merupakan tempat yang
paling menakutkan dan memang ramai orang cerita kena kacau kat sini. Dan yang
paling penting, even mereka yang tinggal di First World Hotel serta menghadap
ke Amber Court pun kena kacau. Terdapat juga satu bilik private seperti di
Kasino di mana mereka menyimpan jin-jin mereka di Amber Court. Menurut sumber,
management selalu bagitau untuk jangan kacau bilik ini atau buka bilik ini dan
itu. Tapi kenapa? Apa sebabnya? Biliknya seperti di bawah ini:Macam mana mereka yang tinggal
sini dikacau:-Tv terpadam dan terbuka
sendiri-Orang bertukang malam-malam-Perempuan mengilai-Budak menangis-Perempuan memanggil (panggil
penginap kat situ la)-Dengar tapak kasut dari luar-Pintu diketuk-Terasa diperhatikan
Ini kata seorang penghuni di
sana:
“amber court ngan billion court mmg berhantu. member aku kene kacau ngan
ju-on kat situ. dia cangkung masa member aku tgh mandi. staff genting pun cakap
tempat tu mmg barhantu.kitorg mmg cadang nk stay sbb nk tgk hantu tp masa drive
pegi sana mlm2 mmg agak spooky. tp xigt nape xjadi stay.”
“aku tidur, tetiba tingkap bilik kena ketuk bertalu2…aku punyalah
takut……..mula2 malu nak kecoh2, malu dgn roomate aku…lama2 hilang malu, takut
punya pasal,aku nangis sampai member aku terjaga…bila sama2 takut, dua2
menjerit, “Woi… kitaorang ngantuk lah…nak tidur… pegi main jauh2.. kita orang
tak der masa nak layan ko..”…aku dah stop jerit. member aku pulak pegi belasah
tingkap tu dgn bantal, bantai tingkap tuh cukup2…pastu baru diam…”
“aku nk citer pasal amber court ni…bulan lepas pukul 2 pagi memang ada
lepak sana tapi lepak kt bawah jer lah…sunyi nyerr tempat tu sampai jer terus
paking depan hotel tu ada tempat duduk bawah lampu tu…baru jer berapa minit
lepak2 dgn member2 kat situ …hehehhh nak taw apa jadii…..kedengaran satu
jeritannn dari bawah paking pastu ada bunyik melolong dari tingkat atass
sekali….aku nk blah dahh masuk dlm kreta..cam bangsatt bunyikk tu..bunyik jerit
sama macam dlm movie hantu…tapi member2 rilexs jer…kalau korang nk tahu lanjut
korang boleh datang lepak kt bawah tu malam2 pastu sembang dagn pak guard kat
situ…hahahhah macm2 dia citer…kat situ sebenarnya port bunuh diri…”
2. Apartment Ria

Ini cerita apa yang mereka kata
pernah berlaku di sini dan mungkin menjadi sebab ianya berhantu:
“kononnya dalam bilik tuh ada seorang lelaki cina yang telah membunuh diri
dengan mengelar-gelar badannya dan kemudian menggantungkan dirinya di
tengah-tengah rumah tersebut……… setiap hari kejadian yang berlaku itu akan
berulang-ulang kembali dan ada penghuni hotel yang penah terserempak dengan
lelaki cina tersebut dengan keadaan badan berlumuran darah.. memang menyeramkan
suasana di dalam bilik hotel tersebut….. sehingga kini, bilik tersebut tidak
pernah di buka dan di palang dengan kayu…. kalau ada di antara anda yang penah
mendiami hotel tersebut, pasti anda akan perasan ada sebuah bilik bilik yang
telah di palang dengan kayu…. “
Ini yang berlaku di sini:
-Bunyi orang pindah rumah,
bunyi ‘ting’ seperti oven dah panas, bunyi lesung ditumbuk dan lain-lain lagi-Bunyi lif yang selalu terbukak
(tapi bila tengok tak bukak pon)-Ada masa lif akan stop sendiri
di tingkat-tingkat tertentu, sampai tutup pun dia akan terbukak balik.. (Kalau
nasib tak baik,nampak la pape)-Terasa diperhatikan,di penjuru
bilik-Ada ‘orang’ lain dalam
apartmen
Ini cerita mereka di Apartment
Ria:
“hishh apartment RIA mmg ade sesuatu..kat sume penjuru pon rase scary
je..die punye bilik pon seram je..tapi aku ni stok berani aaa gak..ade skali
aku masuk 1 bilik ni (1 unit 2 bilik) before tu x rase ape pon normal je..skali
bile masuk je bilik tu sbb nak amik bantal tetibe je bulu roma naik..rase cam
seram jerr..mcm ade mende je kek bilik tu…pehtu memalam ade bunyi ‘tinng’. mcm
bunyi bile oven dah panas.”
3. First World Hotel

Ini hotel yang pernah menjadi
Hotel Terbesar di dunia sebelum ini. Setakat ini, dah lebih dari 20 kali stay
kat sini tapi nasib baik belum pernah mengalaminya satu. Tapi ramai juga yang
dah kena kacau di sini.
Ini kesnya:
-Ada orang berjalan dari atas
katil, memang terasa tilam korang penyek time ‘benda’ tu berjalan, serta dengar
bunyinya skali-Darah keluar dari tingkat
atas,nampak kat cermin tingkap-Nampak kelibat orang terjun
dari atas, berbaju merah-Kelibat wanita berambut
panjang mengurai, dalam bilik-Tv terbuka sendiri, takde
siaran
Ini cerita dari orang yang
mengalaminya:
kat 1st world pun seram aku dgr cita membe aku ada pompuan rmbut panjang
mengurai dok tunggu tepi katil tu yg diorg cita la tapi aku ada pegi stay kt
1st world last 2yrs tak ingat tower brapa dh penat kt theme park dia, so kitorg
pn mls nk balik stay sana mlm tu mlm tu aku x leh tido rasa cam ada org dok
usha je aku baring pastu cam dengar bunyi tv on (bunyi yg x de siaran tu),
padahal aku dh off pun membe aku kt katil 1 lg dh slamat dengko aku rs aku tido
pn still bukak mata smpai pagi sunyi sepi genting tu kalu tgh mlm 4. Cradle Rock

Tempat ini juga dikatakan juga
agak “keras”. Ini ceritanya:
budak genting panggey
tempat tu BATU BERAYUN…sbab kedudukan batu macam tergantung…alah korang misti
perasan punyer…kalo pegi sana sebab tempat tu kat tepi jalan je….kat situ slalu
gak ade budak kene sakat sebab merendek kat situ,depa kata kat situ ade kes
suicide tapi da lame la…membe aku kene kat situ…dia gi jalan2 malam la time
tu.dia nih slalu lpas keje pg jejaln kat area tu ader 1 mlm, tu nasib tak
baik..nampak la bende tu…nampak cam pompuan nangis2……………..ingat nak tolong
la..pegi tanya…..makin lama makin kuat nangisnya..dari nangis tuka mengilai
kuat…nasib baik membe aku ni kire kuat gak la..die blah slow2, besok demam gak
la 2 hari.