Siapa kat sini dah tonton episod pertama Maaf Jika Aku Tak Sempurna (MJATS) yang mula ditayangkan di slot akasia TV3 semalam?
Jika sebelum ini drama-drama di slot tersebut kebanyakannya mempertaruhkan muka-muka baru, tetapi kali ini MJATS diterajui oleh bintang yang agak senior seperti Fahrin Ahmad dan Sara Ali.
Bagaimanapun, banyak juga kritikan yang kami terima daripada penonton setia slot tersebut yang nampaknya kurang berpuas hati dengan episod pertama MJATS.
Poster rasmi Maaf Jika Aku Tak Sempurna (MJATS)
Ramai antara mereka mengatakan bahawa MJATS tidak akan berjaya menjadi trending seperti drama-drama yang sebelumnya. Contoh terdekat ialah drama favourite orang ramai ‘Rindu Awak 200%’.
Sejujurnya, kami pun tidak dapat menafikan bahawa pilot episod itu gagal menarik perhatian kami untuk terus duduk melekat di hadapan kaca televisyen sampai habis. Siap boleh tukar-tukar channellagi! Macam something wrong somewhere gitu!Huhu.
Kenapa ya agaknya? Adakah dek kerana faktor pelakon atau jalan cerita yang agak ‘klise’ di mana masih mengisahkan tentang perkahwinan paksa antara hero dan heroinnya.
Hurm.. tapi pada pendapat kami, kita tak boleh lah nak mengadili sesuatu drama hanya menerusi satu episod sahaja kan? Mungkin garapan ini hanya ‘lambat panas’ berbanding drama lain. Tak gitu?
Malah, saya percaya bahawa Fahrin Ahmad dan Sara Ali mampu menarik perhatian penonton dengan lakonan mereka kelak. Yelah, awal-awal macam ni belum ada lagi scene-scene yang romantis kan?Hehe.
Apapun, bagi yang belum berkesempatan untuk menonton episod pertama drama ini, anda bolehlah melihatnya di portal Tonton ya!