Selasa, 21 Oktober 2014

Cara Beli Tiket AirAsia Termurah


Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tips beli tiket murah AirAsia berikut adalah pengalaman Blogger Noehas yang bagus dikongsikan dengan semua pembaca yang selalu membeli tiket AirAsia secara online. Dapat beli tiket AirAsia online murah makna ada penjimatan dan untunglah lebih. Jom baca cara beli tiket murag AirAsia terbaik sebab nak dapat tiket percuma AirAsia bukannya senang. 

 

1. Beli Tiket sendiri secara online 
Perlu diketahui, jika beli tiket AirAsia dari mana-mana travel agensi ia akan lebih mahal dari beli sendiri jika ada promosi. Ini kerana AirAsia tidak beri harga promosi kepada pihak travel agensi. Bahkan jika anda beli tiket AirAsia dari travel agensi, selain kena bayar duit tiket anda juga perlu bayar upah khidmat sebanyak RM20-RM30 kepada syarikat travel tersebut. Nasihat pertama Noehas ialah urus sendiri pembelian adalah cara terbaik beli tiket murah AirAsia. RM20-RM30 yang dibelanjakan tu belum termasuk duit minyak, masa dan tenaga yang diguna untuk ke tempat pembelian tersebut. 

2. Bayar menggunakan bank online 


Jika tiket berjaya ditempah sendiri melalui internet, cubalah bayar dengan menggunakan sistem debit iaitu transfer cash dari mana-mana bank terpilih bukan menggunakan kad kredit kerana AirAsia akan mengenakan cas tambahan bagi transaksi yang menggunakan kad kredit kecuali mengguna kredit kad yang dikeluarkan oleh AirAsia. Elok-elok nak dapat murah jadi mahal pulak. Menggunakan kad kredit dalam pembelian tiket AirAsia bukanlah cara terbaik beli tiket murah AirAsia. Cas yang dikenakan bukan pertransaksi tapi mengikut jumlah kepala atau penumpang yang anda belikan tiket untuk mereka. 

 

3. Waktu membeli tiket paling murah


 Ilmu yang Noehas dapat dari seorang kawan katanya AirAsia biasanya akan buka harga promosi yang paling murah pada waktu tengah malam antara jam 1 – 5 pagi. Setakat ni Noehas rasa macam betul jer petua yang kawan tu ajarkan tapi bukanlah setiap malam harga promosi tu ada. Ramai yang kata kalau beli awal berbulan-bulan sebelum tarikh penerbangan adalah cara terbaik beli tiket murah AirAsia, sebenarnya tidak juga begitu. Pernah sekali Noehas beli awal 2 bulan tapi kawan yang beli 5 hari sebelum terbang lebih murah dari harga Noehas beli. 

4. Tips lain untuk tiket mural AirAsia 

Ada beberapa lagi petua cara terbaik beli tiket murah AirAsia. Noehas sebut secara ringkas jer. 
Tidak perlu beli insuran yang ditawarkan.
Tidak perlu tempah makanan jika penerbangan singkat. Makan siap-siap sebelum terbang atau makanlah selepas sampai ke destinasi.
Pastikan timbangan yang dibayar sekadarnya sahaja, AirAsia siap meletakkan 20kg kalau anda tidak tukar kepada 15kg bermakna anda perlu bayar apa yang anda tidak perlukan.
Tidak perlu memilih tempat duduk.
Naik SkyBus untuk ke LCCT.