Dua maut manakala tiga lagi cedera membabitkan kemalangan lima motosikal besar berkuasa tinggi dengan enam kereta di Kilometer 26 Lebuhraya Karak menghala ke Kuala Lumpur, di sini kira-kira jam 11 pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba GOMBAK: Dua maut manakala tiga lagi cedera membabitkan kemalangan lima motosikal besar berkuasa tinggi dengan enam kereta di Kilometer 26 Lebuhraya Karak menghala ke Kuala Lumpur, di sini kira-kira jam 11 pagi tadi. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Ismail Kamarudin berkata, seorang mangsa maut kerana rentung akibat motosikal terbakar, manakala seorang lagi tersepit di bawah sebuah kereta Honda. Katanya, tiga lagi mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Selayang. Polis tiba di tempat kejadian pada jam 11.40 pagi setelah mendapat panggilan pada jam 11.22 pagi. Setibanya polis di tempat kejadian mendapati, tiga buah motor berkuasa tinggi terbakar melibatkan dua mangsa yang salah seorang daripadanya rentung terbakar dan seorang lagi mati tersepit di bawah sebuah kereta Honda dalam kemalangan itu. Tiga lagi penunggang cedera parah dikejarkan ke Hospital Selayang. Perkara ini disahkan oleh Pegawai PGO bertugas, PPgB Ahmad Aidil Ab Majid dalam satu kenyataannya hari ini. Berikut di antara gambar kejadian kemalangan tersebut. \ Dua maut manakala tiga lagi cedera membabitkan kemalangan lima motosikal besar berkuasa tinggi dengan enam kereta di Kilometer 26 Lebuhraya Karak menghala ke Kuala Lumpur, di sini kira-kira jam 11 pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba Sumber: Beita Harian