Syoknye Media

Cerita~Cerita Sukan, Jenaka, Gosip Artis, Movie terbaeeeek utk semua..Klu ada yg tercopy jgn Marah ye ~ Utk Hiburan Bersama :)

.:[Close][Klik 2x]:.

Ahad, 5 Oktober 2014

MALANG SUNGGUH.. ANJING JADI 'BATU' SELEPAS TERJATUH DALAM TAR CAIR


Malang bagi anjing ini apabila ia terjatuh ke dalam tar yang panas sebelum tar itu mengeras, menjadikan anjing terbabit keras seperti batu.

.tt/


Mujurlah orang ramai yang melalui jalan berkenaan di Udaipur, telah menghubungi pasukan menyelamat.
Disebabkan tar tersebut telah menjadi keras, anjing berkenaan juga tidak mampu bergerak dan hanya terbaring.

Hanya matanya yang berkelip-kelip, menambahkan simpati orang ramai yang menyaksikan binatang tersebut.

Pasukan penyelamat terpaksa bekerja keras selama dua hari tanpa mengenal erti penat bagi membuang tar yang mengeras di badan anjing tersebut dan ia terpaksa dilakukan secara berhati-hati.

Kerja menyelamat itu dijalankan badan bukan kerajaan (NGO) Animal Aid Unlimited yang menggunakan minyak untuk melembutkan tar tersebut dan menariknya perlahan-lahan apabila ia merekah.

Namun ia bukannya satu usaha yang mudah.

Selepas dua hari, tar itu berjaya dikeluarkan dan anjing berkenaan mampu bergerak bebas .

Animal Aid merupakan NGO yang memberikan perkhidmatan sukarelawan untuk merawat binatang yang terbiar di jalanan.

Setiap tahun, beribu-ribu binatang yang cedera dan sakit diberikan rawatan dan disediakan pusat perlindungan.
Posted by Mr Zero at 9:48 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Translate

Popular Posts

  • Kenapa HARAM Mencukur Bulu Kemaluan..?
  • Apa hukum jika suami gemar menghisap payudara isteri ketika isteri dalam tempoh menyusu anak ?
  • RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIBNY CARA MANDI WAJIB YANG BETUL
  • 11 TANDA-TANDA GADIS YANG SUDAH HILANG DARA..KAUM LELAKI WAJIB AMBIL TAHU!
  • PELAKON KOREA SELATAN , HA NA KYUNG TIDAK SENGAJA JATUH DAN MENAMPAKAN SEBAHAGIAN BUAH DADANYA !!!
  • Merungkai Misteri Melekat Ketika Berzina Dari Susut Saintifik
  • Pemain Bolasepak Berprofil Tinggi Ditangkap Khalwat
  • Kenali Sifat-Sifat Wanita Berdasarkan Bentuk Payudara
  • Pekerja Dedah Perangai & Gelar Siti Nurhaliza Sebagai "Mimpi Ngeri"
  • Artis dan Selebriti Tempatan Yang Meninggal di Usia Muda

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
.:[Close][Klik 2x]:.
.:[Close][Klik 2x]:.
.:[Close][Klik 2x]:.
.:[Close][Klik 2x]:.
.:[Close][Klik 2x]:.
.:[Close][Klik 2x]:.
Tema Mistik Bhd.. Dikuasakan oleh Blogger.