Selasa, 21 Oktober 2014

NUR FAZURA JAWAB ISU AKSI BERCIUM DI KLIA



http://sedaapnye.blogspot.com/
SAYA TIDAK MELAKUKAN APA-APA AKSI BERCIUM - NUR FAZURA | Akhirnya setelah sekian lama berdiam diri mengenai khabar angin aksi berciumnya di KLIA dengan teman tapi mesranya, Randy Seidman, Nur Fazura tampil memberikan kenyataan pertamanya semalam.


Mengakui baru mengetahui mengenai khabar angin itu, Fazura nyata terkejut dengan dakwaan tersebut.


Teruskan membaca…


Kata Fazura menerusi MalaysianDigest:


Buat apa ya? Siapa yang keluarkan dulu? Cium yang macam mana…? Bercumbuan ni ada macam-macam jenis. Saya tak faham. Saya tidak tahu cerita apa yang anda semua dengar.

Saya tidak ada komen. Anda semua kata saya bercium tapi saya pun tak tahu bercium yang macam mana. Saya bersama kawan-kawan saya di KLIA, itu saja. Saya tidak ada melakukan apa-apa aksi bercium.

Saya tak tahu. Saya baru dengar tentang hal ini, hari ini. Anda semua patut tanyakan pada orang yang membuat cerita itu kerana dia yang lebih tahu. Jangan tanya saya.



Walaupun sebelum ini dikatakan ada gambar dan video aksi Fazura itu, namun sehingga ke hari ini tiada sebarang bukti dipertontonkan kepada khalayak ramai. Yang bagusnya, Fazura tidak marah kepada pihak yang menyebarkan cerita tersebut. Respek penulis dengan ketenangan pelakon ini.


Saya okay saja. Ini semua tidak ada kaitan dengan saya. Terpulang kepada yang buat cerita. Kalau dia rasa dia betul, betul lah. Saya yakin Allah lebih nampak apa yang setiap manusia buat. Jadi apapun iat dia, itu antara dia dengan Allah



Diharapkan dengan penjelasan sebenar Fazura ini, semua pihak berpuas hati. Secara logiknya takkanlah artis sepopular Fazura ingin melakukan aksi sumbang di khalayak ramai. Nampak sangat tidak logik. Mungkin ada pihak yang cemburu dengan keakraban Fazura dan Randy sehingga sanggup menyebarkan cerita tidak masuk akal ini. Apa pula komen anda?