Syoknye Media

Cerita~Cerita Sukan, Jenaka, Gosip Artis, Movie terbaeeeek utk semua..Klu ada yg tercopy jgn Marah ye ~ Utk Hiburan Bersama :)

.:[Close][Klik 2x]:.

Ahad, 26 Oktober 2014

Running Man Akan Turun Malaysia November Ini





Berita baik untuk peminat setia program variasi Korea yang amat popular iaitu Running Man. Saluran TV One Asia akan membawa ahli Running Man iaitu Song Ji Hyo, Jong Kook, Jae Suk, Gary, Ha Ha, Seok Ji dan Lee Kwang Soo turun ke Malaysia November ini. Tidak dapat dipastikan sama ada kesemua ahli program ini akan turut serta, namun yang pastinya ini satu berita baik untuk kesemua peminat Running Man.

Peminat di Singapura juga akan turut mendapat peluang untuk bertemu mata dengan ahli-ahli Running Man. Ini pastinya amat menggembirakan peminat program variasi ini yang telah kecewa apabilaIndonesia baru-baru ini diumumkan sebagai negara terakhir penggambaran luar negara dilakukan. Sekurang-kurangnya dengan kehadiran mereka untuk beramah mesra, akan terubat rindu di hati para peminat.



Sama-samalah kita nantikan maklumat lanjut mengenai kehadiran Running Man ke Malaysia ini. Abang Nara pasti akan turut sama berlari bersama mereka kelak. Tak sabar rasanya. Informasi lanjut boleh didapati di Facebook One TV Asia.
Posted by Mr Zero at 8:25 PG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Translate

Popular Posts

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
.:[Close][Klik 2x]:.
.:[Close][Klik 2x]:.
.:[Close][Klik 2x]:.
.:[Close][Klik 2x]:.
.:[Close][Klik 2x]:.
.:[Close][Klik 2x]:.
Tema Mistik Bhd.. Dikuasakan oleh Blogger.